Anak pintar: "Tip untuk ibu bapa
Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran."
fiqie syahirah
kyungie mana kyungie ?
Wednesday, May 12, 2010
TIP MENJAGA KESIHATAN
"Peraturan untuk dipatuhi"
Secara ringkas, berikut ialah langkah-langkah mudah yang boleh membantu dalam mengekalkan kesejahteraan kesihatan tubuh.
Seseorang harus minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali
setiap hari.
Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.
Seseorang perlu elakkan makan berlebihan, dan apa-apa makanan yang diambil mesti bebas daripada sisa racun serangga dan pengawet. Mengelakkan makanan yang menyebabkan sembelit, dan mengamalkan tabiat membuang air besar yang baik juga penting.
Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan.
Ada makanan yang bersifat asid dan ada pula yang bersifat alkali. Adalah lebih baik jika seseorang dapat memastikan 40 peratus daripada makanan yang dimakan adalah berciri asid, dan 60 peratus berciri alkali.
Golongan dewasa tidak harus membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak yang menyebabkan peluh berlebihan. Aktiviti harian biasa sudah memadai untuk menjaga kecergasan. Bagaimanapun, mereka di zaman persaraan boleh berjalan pantas bagi jarak singkat setiap hari.
Apabila keadaan kesihatan adalah baik, tiada siapa pun harus mengambil makanan tambahan atau ubat-ubatan tidak perlu. Golongan dewasa dan kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan baik tidak sepatutnya mengambil apa-apa makanan pelengkap kalsium. Mereka yang hidup di negara-negara tropika harus mengelakkan pelengkap vitamin D sejauh mana yang boleh."

Subscribe to:
Comments (Atom)